05 October 2009

Kampung Parit Sidang Seman...

Rasanya cerita hari raya ni dah mcm air batu kot kalau nak cerita sekarang.. Dah sejuk..

Anyway cerita ni tiap2 tahun akan ada punya... Cerita pasal Kampung Parit Sidang Seman kat Area Sungai Rambai sana.. Sape yang biasa lalu AMJ arah selatan tu biasa la nampak pintu gerbang ni..

























Seperti tahun2 yang lepas seperti biasa kampung ni akan mengadakan pertandingan 'lampu raya' kot.. (lupa pulak nak tanya pertandigan apa masa ambik foto2 kat bawah ni..) Menurut penduduk kampung yang ditemubual pertandingan tahun ni lebih bermakna kerana ia disambut sekali bersama ulang tahun ke 100 Kampung Parit Sidang Seman..


Menurut tuan punya rumah mula2 yang ada lampu bentuk kereta lembu tu, "kampung ni pantang ada orang yang mula dulu, lps tu semua ikut.." rumah yang takde orang aje yang tak pasang lampu,















Tengok tu.. Air Asia Pun ada jugak...













Ni rumah sebelah rumah Air Asia tu.. Tuan rumahnya ketika ditemui sedang berbincang sesuatu mengenai lampu raya ini bersama ahli keluarganya..
















Ini antara rumah yang paling meriah kat kampung tu...















Kat hujung kampung....










Kepada pemenang rumah tercantik tempoh hari saya ucapkan sekalung tahniah, kepada yang tidak berjaya, saya sebagai orang luar masih beranggapan anda semua adalah pemenang kerana bukan mudah untuk semua penduduk di sesebuah kampung bersatu padu dalam menjayakan apa yang anda semua telah lakukan ramadan lepas..


Adalah diharapkan perkara ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun demi memeriahkan syawal yang akan diraikan...


Tahniah Dan Terima Kasih....

2 comments:

amin said...
This comment has been removed by the author.
amin said...

kampung parit sidang seman is a beautiful village. it so nice from i see. i hope you all will more get to beautify your village. congratulations and i proud for all people's to co-operate raised a village name..

~from reny salam amin~