18 October 2009

Makan @ Nasi Ayam Singapura Krubong





Tukar selera...

Kat krubung ni ada kedai nasi ayam singapura. Kita orang pun decide nak ajak sekali orang2 yang ada kat area sana termasuk Abang Razali yang Yassir baru jumpa tu...


Tak ketinggalan Orang Jasin yang aku baru kenal Fatullah yang duduk kat Sentul















Ya.. yang belah kanan tu memang ZX2..


05 October 2009

Brochure NSR150RR







Dah lama aku simpan benda ni.. Kalau nak hard copy boleh contact aku...

NSR Aku dan Anip-Sama










Aku snap masa tengah tunggu anip keluar kerja sblm pergi open house YaSsiR..

The Potrait Of A Spocket





The Potrait Of A Spocket..

What else to say...

Kampung Parit Sidang Seman...

Rasanya cerita hari raya ni dah mcm air batu kot kalau nak cerita sekarang.. Dah sejuk..

Anyway cerita ni tiap2 tahun akan ada punya... Cerita pasal Kampung Parit Sidang Seman kat Area Sungai Rambai sana.. Sape yang biasa lalu AMJ arah selatan tu biasa la nampak pintu gerbang ni..

























Seperti tahun2 yang lepas seperti biasa kampung ni akan mengadakan pertandingan 'lampu raya' kot.. (lupa pulak nak tanya pertandigan apa masa ambik foto2 kat bawah ni..) Menurut penduduk kampung yang ditemubual pertandingan tahun ni lebih bermakna kerana ia disambut sekali bersama ulang tahun ke 100 Kampung Parit Sidang Seman..


Menurut tuan punya rumah mula2 yang ada lampu bentuk kereta lembu tu, "kampung ni pantang ada orang yang mula dulu, lps tu semua ikut.." rumah yang takde orang aje yang tak pasang lampu,















Tengok tu.. Air Asia Pun ada jugak...













Ni rumah sebelah rumah Air Asia tu.. Tuan rumahnya ketika ditemui sedang berbincang sesuatu mengenai lampu raya ini bersama ahli keluarganya..
















Ini antara rumah yang paling meriah kat kampung tu...















Kat hujung kampung....










Kepada pemenang rumah tercantik tempoh hari saya ucapkan sekalung tahniah, kepada yang tidak berjaya, saya sebagai orang luar masih beranggapan anda semua adalah pemenang kerana bukan mudah untuk semua penduduk di sesebuah kampung bersatu padu dalam menjayakan apa yang anda semua telah lakukan ramadan lepas..


Adalah diharapkan perkara ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun demi memeriahkan syawal yang akan diraikan...


Tahniah Dan Terima Kasih....

04 October 2009

Sate 30 sen..

Ya memang betul, bukan typo error.. still ada lagi sate 30 sen on sale kat malaysia ini.. Ha3...
















Kedai ni pun bapak alu yang bawak aku sabtu lepas pasal nak buat open house tak sempat, dia pun ajak la aku dengan jiran2 sebelah rumah dia tu makan kat kedai ni...













Oops.. Lupa pulak nak bagitau. Kedai ni letaknya kat tepi sebelah kiri jalan Tangkak - Bukit Gambir, lebih kurang 5km daripada simpang 4 trafik light tangkak..


















Kat warung ni bukan sate aje yang ada, soto, sup, bakso pun ada.. Rasa ok la, nak lawan sate kajang mmg la tak boleh tapi IMHO, still better dari kebanyakan kedai jual sate yang lagi mahal kat sini..


Anyway, tekak dgn lidah masing2..

Tepuk dada tanya selera..

Deadly Beautiful..








Imej ni pun aku snap kat rumah mak mertua aku.. Kadang2 seronak jugak buat kerja mcm ni.. Masa ribut petir orang lain masuk rumah kita duduk luar rumah bawak kamera dengan tripod... Ha3.........

Scorpio.... REVISITED.









Dalam entry yang lepas (ntah aku x ingat bila) aku ada upload gambar scorpio yang aku ambik kat 'ruang angkasa' rumah mak mertua aku kat area balok, kuantan. oleh kerana ramai yang mungkin tak perasan rupa scorpio tu maka aku lukiskan la scorpio tu untuk korang semua...














Yang warna merah tu la scorpio. Yang warna kuning tu namanya Lupus atau dalam Bahasa Iinggeris Wolf. Dalam bahasa melayunya serigala..

memandangkan musim scorpio pun dah nak berakhir ni lps ni aku upload gambar constellation lain pulak ok...


Tapi mungkin lambat sikit kot pasal cuaca skrg tak menentu dgn jerubu lagi... Entahla.. Apa nak jadi dunia sekarang...